Tuesday 28 October 2014

Kembara Hutan Truckers Brotherhood Forever - part 2 - Hiking ke air terjun pelangi

Kembara Hutan TBF ke Air Terjun Pelangi a.k.a Rainbow Waterfall

Assalamualaikum,

Pada hari kedua kembara hutan TBF, truckers sebulat suara utk ber'hiking' ke air terjun pelangi. Air terjun pelangi ni diberi nama smperna timbulnya pelangi ditgah2 air terjun apbila terkena cahaya matahari... pelangi jelas nmpak time sunrise dan pelangi hilang bila matahari dah terpacak di kepala... malangnya truckers  tak sempat nak tgok pelangi sbb lewat smpai....

Perjalanan ke air terjun stat lebih kurang kul 11 pagi... tak semua ahli keluarga truckers yg pergi...sbb nak jaga camp dan ada yg kurang meminati aktiviti hiking...

Doa dan tawakal yg paling utama
Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik
Mulakan perjalanan dengan senyuman
Tak sampai 5minit berjalan kaki, truckers dah kena seberang sungai... ada yg cabut kasut sbb takut kasut basah...tp last2 sepanjang jalan kena lalu anak sungai... sungai tak la dlm sgt..tp kena hati2 sbb batu licin...nasib ada tali utk seberang sungai.

Tuan president memerhati anak2 buah... sape jatuh tuan president tolong...
Anak2 yg paling seronok
Jalan agak mencabar... kena hati2 sbb batu2 kt sini licin

Habis je jalan2 berbatu, truckers perlu tempuh plak kawasan hutan... memang menenangkan... jalan agak datar tapi kena tgok2 juga akar2 kayu yg menjalar kat bawah... skali skala kena daki bukit dan turun bukit.... kat sini la truckers berselisih ngn pengunjung2 yg otw nak balik... bila tnya jauh lagi ke tak... diorg smua mengeluh ckp jauh... kena lalu kat laluan berbatu...adoiii... tp sbb nak tgok jugak air terjun pelangi, truckers teruskan juga perjalanan...

Dah stat masuk kwsan hutan
Sesekali berehat 
Ingatkan dah habis jalan berbatu...tau2 ada lagi
Masing2 dah tunjuk muka penat
Naik turun bukit...btol2 mencabar stamina truckers2
Dipertengahan perjalanan... sorg truckers telah menyerah kalah... sbb sdah tak berdaya utk meneruskan perjalanan... smua rakan2 truckers memberi kata semangat tp apakan daya...

Bro zul kecundang di tengah jalan
Biar gambar berbicara....hehehe
Semakin nak dekat dgn air terjun semakin mencabar laluan... bukit makin tinggi utk didaki... tp semangat utk smpai semakin membara... lalu plak tepi sungai... mmg mengasyikkan... tak terasa penat bila tgok kejernihan dan bunyi deruan air....

Tgok air rasa nak mandi kat situ..tp kepala terbayangkan keindahan air terjun... 

Pura2 senyum... kaki dah goyang...haha
Dah nampak air terjun!!!
Bergambar kenangan berlatarkan air terjun pelangi
Sampai2 dibwh air terjun pelangi ni.. hilang terus rasa penat... memang betul org ckp air terjun ni cantik dan mengkagumkan... keindahan ciptaan Allah mmg tiada bandingan... mmg tiada kat tmpat lain... di Pahang only... tp sygnye xdpt tgok pelangi sbb dah tgahari.... air terjun ni agak tinggi berbanding air terjun yg lain... sbb tu air yg jatuh tu jadi halus2 je... kolam dibwh plak tak beberapa dlm.. paras dada itik je...

Bro aryff legend... dia dresing mcm nak pergi tgok wayang
Tuan president TBF
Ni la kolam di bwh air terjun pelangi... 
Pemandangan air terjun pelangi dari bawah.... terbaik...
TBF dah smpai sini... anda bila lagi?
Sesi bergmbar tamat bila memory card camera aku dah full...huhu...sbb lupe nak transfer gmbar2 lama... mmg rugi sbb tak dpt nak snap keindahan air terjun pelangi ni byak2... tp akan kami semat memori ni didlm hati smpai bila2.... keindahan air terjun ni membuatkan truckers terseyum smpai ke camp... nak pergi rasa jauh... bila balik rasa dekat je.... walaupun ada brg2 yg basah... lutut terlari sikit...tapi truckers sgt berpuas hati sbb dpt merasai sendiri keindahan air terjun pelangi....

Sekian.... Truckers Brotherhood Forever


Monday 27 October 2014

Kembara Hutan TBF - lubuk beruk, sungai lembing, kuantan pahang

Kembara Hutan Truckers Brotherhood Forever

Assalamualaikum,
Pada 25 & 26hb october, TBF telah menganjurkan kembara hutan TBF yg disertai seramai 15buah truck. Untuk kali ini, TBF bahagian pantai timur menjadi tuan rumah dan destinasi yg dipilih ialah lubuk beruk sg.lembing, kuantan pahang. Lubuk beruk dipilih kerana jalannya yg tidak begitu extreme dan sesuai untuk truckers yg baru untuk menimba ilmu sebagai offroader... Tayar biasa juga boleh digunakan tetapi truckers perlu mengetahui penggunaan gear 4wd untuk melepasi sesuatu halangan disini.

Day 1

Kami stat bergerak dari simpang bukit goh dan berkumpul sekali lagi utk taklimat dan suai kenal di pekan sg.lembing.


Bergambar kenangan di pintu gerbang sg.lembing
Berehat sebelum memulakan perjalanan 
Para2 Truckers memberi perhatian semasa briefing diberikan... *abg usop tu tgah salin nota bukan main what'sapp....😊
Penerangan/briefing dari bro rosli tentang keadaan jalan, halangan dan cara penggunaan gear yg betul semasa memandu di offroad.
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.

Habis briefing dan bacaan doa, kami mula bergerak menuju lubuk beruk. Mr.how mengetuai konvoi dan diikuti truckers2 yg lain.... permulaan perjalanan tidak banyak halangan, cuma jalan grable dan berbukit.



Jambatan lama sg.lembing


Melalui Perkampungan sg lembing sebelum sampai ke sg.jin
Jalan grable 


Halangan pertama - merentasi sg.jin
Melalui kawasan balak.... habis hutan kita kena tebang
Perjalanan mula mencabar kesabaran truckers.... sbb tak boleh bawa laju....15km/j only... 
Rehat sekejap dipertengahan jalan... dekat resort
X-cape.
Alhamdulillah jalan kering dan tidak menyukarkan truckers.

Perjalanan dari pekan sg.lembing ke lubuk beruk mengambil masa lebih kurang sejam... jarak sy kurang pasti... pemandangan hutan lipur kt sini memang mengasyikkan...sbb tu ktorg tak berapa boring.. jalan yg berbatu agak menyakitkan pinggang dan ofcoz passenger xleh nak tdo sbb goyang...dibwah ni gmbar2 yg sempat sy snap utk tatapan umum.











Laluan sedikit mencabar apabila truckers terpaksa melalui lopak yg agak dalam dan berlumpur... penggunaan gear 4Ldiperlukan disini dan alhamdulillah tiada truck yg sangkut.


Jerung air tawar
King beraksi
President perhati je korg...
Sampai je di tapak perkhemahan, smua truckers bergotong royong menyediakan tempat utk truckers2 dan keluarga bermalam. Sebb hari dah petang dan perut pun dah lapar, para2 ibu terus menyediakan bahan untuk dimasak manakala para truckers membina dapur dan tempat letak barang... nasib kat sana ade bekas camp lame, so truckers2 guna je semula...cuma tinggal pasang bumbung sahaja... bnyak juga fatalities2 yg disediakan... mmg camp 1st clas org kabo... dgn lampu sekeliling camp, bilik persalinan wanita, surau sementara, dan yg paling win semestinya tempat memasak... boleh la tgok2 abg2 truckers ni bergotong royong kt bwah ni....


1st pasang meja utk dapur... sbb abg2 truckers dah lapo
Admin TBF sound... "ni bekalan utk seminggu"
Apa yg penting? Kerja sama!!
Cantik tak dapur Truckers? 
Ada 1 tong bahan mentah... diantaranya ayam, ikan, sosej dan sayur2an
Truckers menarik cable di sekeliling camp... mmg terang benderang camp 





Anak2 tak sabar nak terjun
Truckers Brotherhood Forever was here 
Habis je membina camp, abg2 truckers smua menyiapkan khemah masing utk tidur... 
Tempat tidur para truckers dan keluarga
Khemah sebelah bawah... tidur sambil dengar deruan air sungai...pergghhh

Dah complete camp semua, acara sendiri2 pulak... ada yg mandi sungai... sembahyang... dan ada yg berehat2 smbil melihat kaum hawa memasak... makan mlm siap kul 7 petang... Truckers sembahyang magrib dan isyak berjemaah lepastu mkn mlm... lauk memang terbaik... tomyam, telur dadar, dan ayam goreng masak merah...


Acara mandi-manda
Untuk acara mlm, planing nak buat bbq, tapi sebb mkn mlm dah lewat so bbq di cancel. ... bbq ditukar dgn tt hutan dimana abe niq sponser nescafe tarik sambik tuan president bermain gitar... nyanyi ramai2... nasib tak hujan..mungkin suara abg2 truckers sedap2 smua...hehe

Day 2

Dah puas semua tidur semalaman, truckers dikejutkan dgn suasana pagi yg sungguh nyaman... dgn embun di sekitar camp, deruan air sungai, tiada bunyi hon2 kereta... udara tanpa pencemaran....dan ditambah plak bro wanKZ belanja air nescafe panas....pehhh... mmg best...

Mlm bro niq sponser air...pagi bro wanKZ plak...
Nampak tak kabus2 kt blakang tu...
Sbenarnye truckers ni tgah tggu penganjur... tak bangon tdo lagi....
Sejuk pekena nescafe tarik + cicah roti... mmg sedap
Pemandangan yg mengasyikkan
Sedang abg2 truckers berborak2... kaum hawa yg diketuai abg usop dan abg isey berhempas pulas menyediakan sarapan pagi dan bekalan untuk hiking ke air terjun pelangi... antara menu brekfest yg disajikan ialah kentang goreng, scramble egg, sosej dan yg utama 2 jenis nasi goreng.... mmg terbaik...

Ketua chef TBF
Kentang goreng dan scramble egg
Abg isey sdang menyediakan pencuci mulut
Sandwich utk bekalan ke air terjun pelangi 
makan smpai kenyang sblom ke air terjun pelangi
Jemput makan
Betapa teror nye... tarik takyah pandang pun...
Bila dah siap breakfast, truckers semua bersiap2 utk utk memulakan perjalanan ke air terjun pelangi... cerita dan gambar akan disambung nanti.... apa2 pun mmg terbaik Kembara Hutan TBF kali ni... smua ahli sgt berpuas hati dgn atucara dan perjalanan aktiviti kali ini dan berharap akan diteruskan lagi di kemudian hari.....