Monday 27 October 2014

Kembara Hutan TBF - lubuk beruk, sungai lembing, kuantan pahang

Kembara Hutan Truckers Brotherhood Forever

Assalamualaikum,
Pada 25 & 26hb october, TBF telah menganjurkan kembara hutan TBF yg disertai seramai 15buah truck. Untuk kali ini, TBF bahagian pantai timur menjadi tuan rumah dan destinasi yg dipilih ialah lubuk beruk sg.lembing, kuantan pahang. Lubuk beruk dipilih kerana jalannya yg tidak begitu extreme dan sesuai untuk truckers yg baru untuk menimba ilmu sebagai offroader... Tayar biasa juga boleh digunakan tetapi truckers perlu mengetahui penggunaan gear 4wd untuk melepasi sesuatu halangan disini.

Day 1

Kami stat bergerak dari simpang bukit goh dan berkumpul sekali lagi utk taklimat dan suai kenal di pekan sg.lembing.


Bergambar kenangan di pintu gerbang sg.lembing
Berehat sebelum memulakan perjalanan 
Para2 Truckers memberi perhatian semasa briefing diberikan... *abg usop tu tgah salin nota bukan main what'sapp....😊
Penerangan/briefing dari bro rosli tentang keadaan jalan, halangan dan cara penggunaan gear yg betul semasa memandu di offroad.
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.

Habis briefing dan bacaan doa, kami mula bergerak menuju lubuk beruk. Mr.how mengetuai konvoi dan diikuti truckers2 yg lain.... permulaan perjalanan tidak banyak halangan, cuma jalan grable dan berbukit.



Jambatan lama sg.lembing


Melalui Perkampungan sg lembing sebelum sampai ke sg.jin
Jalan grable 


Halangan pertama - merentasi sg.jin
Melalui kawasan balak.... habis hutan kita kena tebang
Perjalanan mula mencabar kesabaran truckers.... sbb tak boleh bawa laju....15km/j only... 
Rehat sekejap dipertengahan jalan... dekat resort
X-cape.
Alhamdulillah jalan kering dan tidak menyukarkan truckers.

Perjalanan dari pekan sg.lembing ke lubuk beruk mengambil masa lebih kurang sejam... jarak sy kurang pasti... pemandangan hutan lipur kt sini memang mengasyikkan...sbb tu ktorg tak berapa boring.. jalan yg berbatu agak menyakitkan pinggang dan ofcoz passenger xleh nak tdo sbb goyang...dibwah ni gmbar2 yg sempat sy snap utk tatapan umum.











Laluan sedikit mencabar apabila truckers terpaksa melalui lopak yg agak dalam dan berlumpur... penggunaan gear 4Ldiperlukan disini dan alhamdulillah tiada truck yg sangkut.


Jerung air tawar
King beraksi
President perhati je korg...
Sampai je di tapak perkhemahan, smua truckers bergotong royong menyediakan tempat utk truckers2 dan keluarga bermalam. Sebb hari dah petang dan perut pun dah lapar, para2 ibu terus menyediakan bahan untuk dimasak manakala para truckers membina dapur dan tempat letak barang... nasib kat sana ade bekas camp lame, so truckers2 guna je semula...cuma tinggal pasang bumbung sahaja... bnyak juga fatalities2 yg disediakan... mmg camp 1st clas org kabo... dgn lampu sekeliling camp, bilik persalinan wanita, surau sementara, dan yg paling win semestinya tempat memasak... boleh la tgok2 abg2 truckers ni bergotong royong kt bwah ni....


1st pasang meja utk dapur... sbb abg2 truckers dah lapo
Admin TBF sound... "ni bekalan utk seminggu"
Apa yg penting? Kerja sama!!
Cantik tak dapur Truckers? 
Ada 1 tong bahan mentah... diantaranya ayam, ikan, sosej dan sayur2an
Truckers menarik cable di sekeliling camp... mmg terang benderang camp 





Anak2 tak sabar nak terjun
Truckers Brotherhood Forever was here 
Habis je membina camp, abg2 truckers smua menyiapkan khemah masing utk tidur... 
Tempat tidur para truckers dan keluarga
Khemah sebelah bawah... tidur sambil dengar deruan air sungai...pergghhh

Dah complete camp semua, acara sendiri2 pulak... ada yg mandi sungai... sembahyang... dan ada yg berehat2 smbil melihat kaum hawa memasak... makan mlm siap kul 7 petang... Truckers sembahyang magrib dan isyak berjemaah lepastu mkn mlm... lauk memang terbaik... tomyam, telur dadar, dan ayam goreng masak merah...


Acara mandi-manda
Untuk acara mlm, planing nak buat bbq, tapi sebb mkn mlm dah lewat so bbq di cancel. ... bbq ditukar dgn tt hutan dimana abe niq sponser nescafe tarik sambik tuan president bermain gitar... nyanyi ramai2... nasib tak hujan..mungkin suara abg2 truckers sedap2 smua...hehe

Day 2

Dah puas semua tidur semalaman, truckers dikejutkan dgn suasana pagi yg sungguh nyaman... dgn embun di sekitar camp, deruan air sungai, tiada bunyi hon2 kereta... udara tanpa pencemaran....dan ditambah plak bro wanKZ belanja air nescafe panas....pehhh... mmg best...

Mlm bro niq sponser air...pagi bro wanKZ plak...
Nampak tak kabus2 kt blakang tu...
Sbenarnye truckers ni tgah tggu penganjur... tak bangon tdo lagi....
Sejuk pekena nescafe tarik + cicah roti... mmg sedap
Pemandangan yg mengasyikkan
Sedang abg2 truckers berborak2... kaum hawa yg diketuai abg usop dan abg isey berhempas pulas menyediakan sarapan pagi dan bekalan untuk hiking ke air terjun pelangi... antara menu brekfest yg disajikan ialah kentang goreng, scramble egg, sosej dan yg utama 2 jenis nasi goreng.... mmg terbaik...

Ketua chef TBF
Kentang goreng dan scramble egg
Abg isey sdang menyediakan pencuci mulut
Sandwich utk bekalan ke air terjun pelangi 
makan smpai kenyang sblom ke air terjun pelangi
Jemput makan
Betapa teror nye... tarik takyah pandang pun...
Bila dah siap breakfast, truckers semua bersiap2 utk utk memulakan perjalanan ke air terjun pelangi... cerita dan gambar akan disambung nanti.... apa2 pun mmg terbaik Kembara Hutan TBF kali ni... smua ahli sgt berpuas hati dgn atucara dan perjalanan aktiviti kali ini dan berharap akan diteruskan lagi di kemudian hari.....

2 comments:

  1. Naz memang terbaik. bukan setakat 'syok sendiri' tapi semua peserta TBF ke Lubuk Berok semuanya syok belaka. Terbaik Naz, terbaik juga TBF.

    ReplyDelete