Saturday 19 April 2014

Powerhouse bakun hydro project

Bakun Dam….

Aku start masuk kerja kt sini oktober 2011… time masuk tu progress projek bakun ni dah almost 85% siap… walaupun tinggal 15% je lagi, tapi dah nama mega projek… so bnyak la lagi kerja yg blom siap… compeny aku pon dah kerja kt sini dari 2008…  client projek bakun ni ialah Sarawak Hidro Sdn Bhd dimana staff2 dia kebnyakkan dipinjam dari TNB…. Maincon ada 3…  2 buat mechanical electrical - IMSA (argentina)  & ALSTOM (france). C&S plak MCHJV(malaysia - china hidro join venture)

Safety notice board

Turbine yg jana elektrik kat Bakun... 300MW x 8unit
 
Giant Dynamo

Compeny yg aku kerja ni diantara berbelas subcon yg dilantik MCH utk menjlnkan kerja2 kat sini mengikut kepakaran masing2…  ada juga yg masih dpt kerja kerana performance bagus, dan compeny aku salah satu yg masih still dpt projek smpai skung… yg lain kebiasaanya siap kerja trus xdpt job baru sbb performance kurang baik…

Site office MCHJV

Byk jgala kerja2 dibakun yg compeny aku dpt… kira balun semua… tp utk maincontract kitorg buat architecture work shj…. Selebihnya kira v.o…  ada 60 v.o kami terima smpai 2014… harga v.o pon dah melebihi harga contract asal… 

 Decoratif Wall

Tiang Bendera

 Suspended ciling & raise up floor

 Plastering work & painting

Painting work
Internal Painting work

 Epoxy floor system 

Tile finishing

Brickwork & plastering

Bila kerja ok dan harga pun ok, so maincon award lagi kerja2 slain dari architecture work…. Asalkan masih dlm scope civil smua kami buat mcm raticulation pipe, numbering, roller shuttle, guardrail, steel structure dan etc… 

Piping
Pipe Line
 
Welding Inspection
Welding Inspection - Dye-Pen
Steel structure 
Covered Carpark

Guardrail

Footing for Guardrail


Mana2 Powerhouse (tempat janakuasa elektrik)  pasti ada problem yg sama…  problem dia ialah water leaking di wall dan floor dlm powerhouse… disebbkan powerhouse ni kedudukannya dibwh water level sungai,  kalau water resistance wall dia x funcion atau fail so air dari pressure sungai akan masuk ke dlm dinding powerhouse melalui retakan2 dan jga expansion joint….  so kami di awardkan kerja yg dinamakan p.u work ni utk solvekan masalah ni…. Aku pun 1st time manage kerja p.u ni… tu pun boss aku yg guide aku melalui phone dan what'sapp je… (boss aku stahun skali je dtg sini) 

Method kerja2 p.u ni senang je, yg penting pandai gunakan instinct masing2 utk cari retakan dan byk mana quantity p.u yg nak dipamkan ke dlm wall@slab..

Bila dah jumpa retakan, kena drill lubang sepanjang retakan tu utk 'tanam packer'


Kalau retakan tu panjang, sepanjang retak tu di pumpkan p.u


Selain menjadi site manager,  aku juga di tugaskan utk menjadi safety supervisor…  so setiap minggu (biasa hari isnin)  aku kne buat safety briefing kpd pekerja2 aku supaya mematuhi semua undang2 yg berkaitan dgn safety di tempat kerja…

Suasana hari pertama di bakun....
Spillway - time ni air dam tak penuh lagi
Main Dam... Pandangan dari bawah
PowerHouse - Ulu Sg.Rejang
Dam ni Guna teknik CFRD - Concrete Faced Rockfill Dam - maksudnye belakang yg menghadap air konkrit, sebelah belakang diorg susun batu... memang cantik

Kenangan dalam Adit Tunnel
Nazrol & Nazrin (adik aku) was here 2011 - 2013

K lah… sampai disini sajalah perkongsian aku tentang kerja yang aku buat kat bakun ni… kira bangga jugalah dapat kerja kat sini walaupun tak lama (lebih kurang 2tahun).

**Boleh usha2 lagi gambar2 Bakun Dam kt sini Bakun Image





No comments:

Post a Comment