Wednesday, 27 August 2014

MITSUBISHI TRITON

MITSUBISHI TRITON


Sbb dah terlalu obses dgn triton, so entri kalini aku nak crite serba sedikit ttg kereta Mitsubishi Triton....



Mitsubishi Triton VGT 


Apa maksud Triton?

Kalau ikut Mitos omputih, Triton tu ialah anak Poseidon yang badan org(lelaki), xde kaki, hanya ekor ikan (ikan duyung).....

"'(Classical Myth & Legend) a sea god, son of Poseidon and Amphitrite, depicted ashaving the upper parts of a man with a fish's tail and holding a trumpet made from a conchshell" - Wikipedia

Mungkin sbb name 'Triton' dah gah dan diketahui ramai, so mitsubishi pon gunalah nama ni kat kete diorg...Kt sini aku just nak criter Mitsubishi Triton 2.5 Manual je sebb aku pakai model ni....klu model lain tu aku x reti sgt nak crite..hehe
Mitsubishi Triton 2.5 dikuasakan oleh 2.5 liter enjin DI-D Common Rail DOHC 16-valve Intercooler Turbo Diesel. Output enjin ni bleh cecah smpai 136HP (horsepower) pada 3500 rpm dan 314 Nm torque pada 2000 rpm. Triton 2.5 disertakan 5-speed manual transmission. Kelajuan tertinggi Mitsubishi Triton 2.5 adalah 167 km / j. Triton 2.5 manual ni perlukan 13.4saat untuk mecapai 100km/j (klu navara 9.7saat peergggh)

Enjin DI-D Commonrail Mitsubishi Triton
Penggunaan minyak plak amatlah menjimatkan iaitu 9.6liter hingga 11liter / 100km mengikut keadaan jalan dan cara pemanduan... kalau tekan kuat jgn harapla nak jimat. Triton boleh menampung berat muatan sebanyak 1800kg dlm satu masa...lebih kurang 1.8tan....Untuk yg mementingkan safety, ANCAP ada buat ujian keselamatan dan ranting yg diberi ialah 4/5. Turning radius triton plak diantara turning radius yang tertajam@terpendek didlm kategori truck iaitu 5.9 untuk tayar standard.... contoh kalau kena u-turn kat tempat yg susah, kadang2 kereta lain kena reverse sket baru bleh teruskan perjalanan. Tapi utk mitsubishi triton ni, tros buat u-turn dan xperlu reverse.
Bucket belakang triton antara yang terbesar berbanding truck2 yg lain
Sbelom bli truck a.k.a 4wd a.k.a pickup ni, pasti ramai org akan tertanya2 yg mana satu lebih baik, yang mana lebih laju, yg mana lebih selesa dan sebagainya.... bagi aku, aku start jatuh cinta ngn triton ni bile aku tumpang kwn aku time kerje kat bakun dlu... sblom ni aku bawak Hilux (kereta compeny). Kira ok la hilux ni, laju, heavy duty... tp bile naik je triton ni, 1st aku rase selesa dari hilux. 2nd bila jalan grabel(berbatu) tak rase melambung lebih berbanding hilux...**sory klu aku membanding triton ngn hilux je sbb sblom ni aku pnah cube 2 jenis kereta ni je...jgn marah rrr.. So aku pon mintak test drive... memang btol, bawak triton ni feel dia lain sket... tak macam bawak truck... bile laju cornering pon confident je... suspension puas hati, siap ade meter RV lagi.... Meter RV ni dia paparkan data perjalanan seperti jarak, kelajuan purata, penggunaan bahan api dan juga kompas digital, barometer, alat pengukur tinggi dan suhu luar. Kire menarik perhatian la jugak bende ni walaupon skung ni dah tak tgok pon....

RV meter
Untuk seat belakang plak,... Kne tahu ciri2 selesa mcm mane untuk seat belakang. Yg pertama kne condong kebelakang skit...jgn terlalu menegak... lantai kat kaki atau seat tak terlalu hampir.. maksudnye ble kite duduk, lutut kita tak terlalu tinggi... so utk ciri2 ni, aku rase triton la yg win... (aku try Triton, Hilux & Navara)

Aku bukan nak banding2 sangat Triton ni dgn kereta2 yg lain, tp bila org minta suggest, aku mestilah ckp yg Triton the best... klu x knp aku bli triton...yg pasti, triton ni sgt sesuai utk semua keadaan seperti offroad, highway, untuk family car, untuk angkat2 barang, dan mcm2 lagi dimana truck2 yg lain hanya sesuai untuk satu atau dua tujuan shj.... kt sini aku share test dari pakar2 seluruh dunia tentang truck2 seperti Triton, Hilux, Navara dan lain2....

Boleh Usha2....

Tarik Tali test - Triton vs Hilux

Overall - Triton vs Hilux , Triton vs Ford Ranger vs Hilux vs Navara vs D-max vs Mazda BT-50 vs Volkswagen Amarok , Triton-vs Navara


p/s: Lepas model 2.5 Manual yg aku bli ni, Mitsubishi keluarkan plak Triton VGT, lepastu VGT GS(new facelift) ... ade sunroof, cermin belakang boleh turun, yang paling best laju giler(178HP berbanding model bukan VGT 138HP)


Moose test Hilux VS Triton
























No comments:

Post a Comment